
Ini lah PERMATA Sek Keb Lelaki Bandar, Kluang. Alhamdulillah didalam banyak-banyak permata yang di gilap, akhirnya mereka ini lah yang berSINAR. TAHNIAH! dik diatas kejayaan mu mencapai 5A didalam UPSR baru-baru ini. Ingatlah segala jasa mereka-mereka yang bertanggungjawab di atas kejayaan mu ini. Pihak Sekolah yang menyediakan kemudahan, Guru yang membimbing, mengajar, Ibu Bapa yang melahirkan tak lupa mereka yang menyokong dan mendokan. Sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai kejayaan yang begini besar dan bermakna. Ini lah saat manis yang telah kamu lakarkan dan nikmati tatkala umur yang masih muda. Ya...ketika ini lah semua nya indah. Sudah pasti berhujan pujian, pelbagai tawaran diterima. Harus dingat jangan goyah, jangan lupa diri dengan pujian di terima. Ini hanya kurniaan awal darinya untuk menguji kita.
Jadikan ini titik permulaan bagi kejayaan seterusnya. Perjalanan kamu masih jauh. Banyak lagi onak dan duri yang harus ditempuhi. Ini hanya baru episod pertama. Apa-apa pun kejayaan hari ini pasti menjamin kejayaan di masa hadapan. Selepas ini kita tak tau apa takdir seterusnya. Sudah semestinya harapan agar dapat melanjutkan pelajaran di Sek Berasrama Penuh. Harus di ingat, jangan terlalu ghairah, bermacam-macam dugaan yang akan kamu hadapi. Sekolah Asrama Penuh segalanya BERDIKARI. Sejauh mana kamu mampu berdikari.
Belajar di Sek Asrama Penuh boleh jadi kita semakin baik atau boleh jadi juga kita akan gagal.Bijak lah memilih yang mana intan dan yang mana kaca. Di kala umur yang mentah ini bermacam-macam kesilapan boleh berlaku. Selangkah kamu tersalah, maka seumur hidup kamu menyesal. Di luar itu dunia penuh pancaroba. Kita harus bijak memilih kawan atau kita sendiri harus memilih watak apa yang ingin kita lakonkan. Watak baik atau watak 'crook' (penjahat). TAHNIAH sekali lagi....kepada semua yang membantu, mendoa dan menyokong secara langsung atau tidak, JUTAAN TERIMA KASIH. Semoga tuhan sahaja yang membalasnya.Doa kanlah permata ini akan terus bersinar dan terus bersinar....yang mampu menerangi dunia ini satu masa nanti. 10 jari di susun mengucapkan SYUKUR ALHAMDULILLAH diatas kurniaan ini. Terima Kasih kerana mendengar dan menunaikan permintaan hamba mu ini selama ini. Hanya kau yang satu yang patut di sembah Tiada tuhan lain hanya lah engkau. Amin Ya Rabbal Alamin....
Airmata kejayaan





