Sunday, September 21, 2008

Puteratenaga kini bergelar Saudagar WEB...

Ingin memiiki laman WEB sendiri?

Kini anda mampu memiliki laman web sendiri anda juga mampu membinanya sendiri tanpa mempelajari coding HTML dsb

#Tahukah anda bahawa ramai orang yang ingin membina laman web tapi tak tahu cara yang betul?

#Dan tahukah anda bahawa kini dengan hanya RM 50.00 sahaja anda boleh membina laman web anda sendiri?
Tak perlu upah orang beribu ringgit!
Tak perlu cari perisian macamana nak buat form!
Tak perlu risau mengenai data yang kita masukkan keranaada pihak yang akan menjaganya kerana kita bayar

Bagaimana kalau saya katakan bahawa walaupun saya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang IT, saya masih mampu mempunyai laman web sendiri?

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.puteratenaga.myportal.my/

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan datang lagi....

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya. Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya. Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya. Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut. Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu: Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan. Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam. sumber dipetik dari shukur.com

Sunday, August 3, 2008

Chelsea VS Malaysia


Pada 29 Julai 2008 yang lalu Bola Sepak Malaysia telah melakar satu lagi sejarah apabila pasukan ternama iaitu Chelsea berkunjung keNegara ini. Dengan keputusan kemenangan berpihak kepada Chelsea 2-0 tidak lah begitu mengaibkan bagi pasukan Malaysia.Ketangkasan penjaga gol Malaysia yang berjaya mengawal gawang gol dari dibolosi harus diberi pujian.

Harus diberi pujian juga kepada pemain tengah dan pertahanan Malaysia apabila berjaya mengekang pemain Chelsea dari mara ke pintu gol Malaysia.Namun barisan hadapan Malaysia agak mengecewakan apabila banyak peluang-peluang keemasan yang diperolehi tidak dapat disempurnakan dengan baik.Ketangkasan dan pengalaman penjaga gol Chelsea Peter Chec
ternyata menunjukkan beliau merupakan salah seorang penjaga gol terbaik.


Semoga pemain Malaysia mendapat banyak pengalaman dari perlawanan persahabatan ini dan seterusnya mengangkat martabat Bola Sepak Malaysia ketahap yang lebih tinggi.

Sunday, June 15, 2008

uCApan HaRi bAPa DAri PuTEra kU NajIMi...

SeLamat HAri bApa....
SeLamat hARI bape....
SELAMat haRI BAPa to you...
SeLAMAT hARI bape....

* terima kasih sgt2 gmi ucap kan..Gmi nk minta maaf atas ape kesilapan gmi..Gmi harap abah maafkan..Terima kasih atas makan minum gmi..Gmi harap abah halal kan..Gmi rase abah dh wat yg terbaik untuk gmi..Tp gmi je yg x wat terbaik untuk abah.. Maafkan gmi kerana byk susah kan abah..Insyaalah klu ade rezeki gmi akan balas lebih dr tu...*

sElAMat hARi bAPe tu you...
Abah laa yaanng teerrbaik forever and ever...!!!!

Saturday, June 7, 2008

DEMAM BOLA !!!!!!......EURO 2008


Check the final tournament schedule




















Saturday, May 24, 2008

Dari mana aku bermula

Didalam ruangan ini aku akan cuba cerita bagai mana aku bermula.Hasil perkongsian hidup En Taib dengan Pn Aine maka pada 21 Nov 1974 ( ingat tarikh lahir ni nanti boleh bagi hadiah) maka lahirlah seorang Putera kedunia ini.Selepas sehari semalam memikirkan barulah dapat nama yang jarang kita dengar iaitu Khairulbahar.Dulu IC tulis tangan so Pak polisi tu tulis macam cakar ayam nama aku sepatutnya jarak.Oleh kerana kelembapan pak polisi tu maka nama aku kena la dirapatkan. So aku dibesar kan dalam keluarga yang sederhana nak kata mewah sangat tidak, kedana sangat pun tidak.Kira tak mis la soru.Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih kepada kedua ayahanda dan bonda ku kalau tidak tak ada la blog ni...hihihi.... oh ye sambung.Oleh kerana ayahanda ku seorang soldier so aku dibesarkan dimerata pelosok dunia....aku pernah menetap di Sarawak ( masa tu kechik so tak tahu la macamana rasa naik kapal yang boleh terbang tuu...), Melaka , KL dan Johor . Anak soldier so duk Kem je la.

Sekolah rendah aku mula sekolah di Sek Ren Sri Mega ( dulunya dikenali Sek Ren OUG) masa tu menetap di Kem Kinrara, Puchong. Sampai darjah 5 je pas tu aku pindah sekolah sebab ayahanda ku pindah kem ( naik pangkat tuuu....) Aku sekolah di Sekolah Jln Kuantan 2 ( sebelah petang) masa tu aku darjah 6. Masa nie aku kenal kawan aku Syamrul Nazari.Kita orang berkawan sampai sekarang ( 22 tahun ) ini la kawan aku paling lama dalam dunia.

Form 1 aku pindah ke Kluang.Johor.Kg Bonda aku nie.Pun sbb ayahanda ku naik pangkat...tapi oleh kerana dia nak dekat pencen sbb tu dia pilih Kluang kira nak setle down kat Kluang la.Sekolah aku ha macam dalam gambar kat bawah nie


Sek Men Tun Hussein Onn dulu masa aku Sek kat sini nama nya lain Sek Men Ren Jln Batu Pahat.Kat sini sampai Form 3 je.Kat sini aku amik SRP


Form 4 & 5 aku Sek di High School Kluang. Kat sini aku amik SPM.









Ini pulak Sekolah Ugama Aku.Sekolah Ugama Bandar. Sampai la darjah 6. Alhamdullilah tu yang jadi orang nie.




Nak tau cerita seterusnya...tunggguuuuu.....



Thursday, May 15, 2008

Seks Bebas perkara biasa

Untuk topik minggu ini saya suka untuk mengajak anda berbincang mengenai 'Seks Bebas Perkara Biasa’.Saya pernah minum di kedai mamak dan berada berhampiran dengan sekumpulan gadis yang berpakaian agak seksi. Dalam asyik menghisap rokok, mereka rancak bersembang tentang seks dan lelaki sambil ketawa tanpa segan silu.Bangga mereka apabila dapat ditiduri kekasih atau lelaki kacak yang baru dikenali. Segala hal dalam kain mahu diceritakan. Bagi mereka, seks perkara biasa, normal, tak ada masalah, satu keperluan malah hobi yang 'sesuai' dengan zaman moden kini (kononnya).Berbeza dengan situasi sewaktu saya di sebuah pejabat yang ramai pekerja wanita. Bila ada lelaki yang berbicara tentang seks (berdasarkan apa yang termuat di akhbar), masing-masing malu dan buat tak dengar. Malah, ada yang beredar dari situ untuk tidak 'masuk campur'. Syukurlah, tak semua orang bernafsu seperti gadis-gadis yang saya temui sebelum ini.Masih terngiang-ngiang bait perkataan mereka: Tak 'rock' kalau masih virgin... pandai 'makan' pandailah simpan...

Komen anda?

Wednesday, May 14, 2008

Mimpi seorang gadis

Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah MahmoodSeorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.........WASSALAM!!!. .......

Sunday, May 11, 2008

Futsal bersama Shebby


Ini abang ku yang tua bersama shebby


Sempat gak bagi nasihat pada player muda...





Sempat gak main futsal dengan Shebby.....

Kenduri di Kg

Manyambut hari jadi putera ku Najimi yang ke 11.












Pada 9 Mei yang lalu kami sekeluarga tealah mengadakan majlis kenduri kesyukuran menyambut org baru.Anak sedara lahir pada....alamak tak ingat la

Wednesday, May 7, 2008

THE MALAYSIAN DILEMMA.

The tale goes like this;

Get Vietnamese workers, Dogs missing.
Get Bangladeshi workers, Malay girls missing.
Get Indonesian workers, Money missing.
Get Indian workers, Jewellery missing.
Get Chinese workers, Husbands missing.

Wednesday, April 30, 2008

Lawak Budak Sekolah


PART I
Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"
Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."

PART II
Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III
Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART V
Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
..::PLEASE CLICK THE BANNER::..