Thursday, May 15, 2008

Seks Bebas perkara biasa

Untuk topik minggu ini saya suka untuk mengajak anda berbincang mengenai 'Seks Bebas Perkara Biasa’.Saya pernah minum di kedai mamak dan berada berhampiran dengan sekumpulan gadis yang berpakaian agak seksi. Dalam asyik menghisap rokok, mereka rancak bersembang tentang seks dan lelaki sambil ketawa tanpa segan silu.Bangga mereka apabila dapat ditiduri kekasih atau lelaki kacak yang baru dikenali. Segala hal dalam kain mahu diceritakan. Bagi mereka, seks perkara biasa, normal, tak ada masalah, satu keperluan malah hobi yang 'sesuai' dengan zaman moden kini (kononnya).Berbeza dengan situasi sewaktu saya di sebuah pejabat yang ramai pekerja wanita. Bila ada lelaki yang berbicara tentang seks (berdasarkan apa yang termuat di akhbar), masing-masing malu dan buat tak dengar. Malah, ada yang beredar dari situ untuk tidak 'masuk campur'. Syukurlah, tak semua orang bernafsu seperti gadis-gadis yang saya temui sebelum ini.Masih terngiang-ngiang bait perkataan mereka: Tak 'rock' kalau masih virgin... pandai 'makan' pandailah simpan...

Komen anda?

1 comment:

Anonymous said...

feel free to browse this site ...http://nurjeehan.hadithuna.com/bahaya-dan-akibat-buruk-zina/...

mudah-mudahan kite semua mendapat manfaat darinya...Wallahu aklam

..::PLEASE CLICK THE BANNER::..