Saturday, May 24, 2008

Dari mana aku bermula

Didalam ruangan ini aku akan cuba cerita bagai mana aku bermula.Hasil perkongsian hidup En Taib dengan Pn Aine maka pada 21 Nov 1974 ( ingat tarikh lahir ni nanti boleh bagi hadiah) maka lahirlah seorang Putera kedunia ini.Selepas sehari semalam memikirkan barulah dapat nama yang jarang kita dengar iaitu Khairulbahar.Dulu IC tulis tangan so Pak polisi tu tulis macam cakar ayam nama aku sepatutnya jarak.Oleh kerana kelembapan pak polisi tu maka nama aku kena la dirapatkan. So aku dibesar kan dalam keluarga yang sederhana nak kata mewah sangat tidak, kedana sangat pun tidak.Kira tak mis la soru.Apa-apa pun aku nak ucap terima kasih kepada kedua ayahanda dan bonda ku kalau tidak tak ada la blog ni...hihihi.... oh ye sambung.Oleh kerana ayahanda ku seorang soldier so aku dibesarkan dimerata pelosok dunia....aku pernah menetap di Sarawak ( masa tu kechik so tak tahu la macamana rasa naik kapal yang boleh terbang tuu...), Melaka , KL dan Johor . Anak soldier so duk Kem je la.

Sekolah rendah aku mula sekolah di Sek Ren Sri Mega ( dulunya dikenali Sek Ren OUG) masa tu menetap di Kem Kinrara, Puchong. Sampai darjah 5 je pas tu aku pindah sekolah sebab ayahanda ku pindah kem ( naik pangkat tuuu....) Aku sekolah di Sekolah Jln Kuantan 2 ( sebelah petang) masa tu aku darjah 6. Masa nie aku kenal kawan aku Syamrul Nazari.Kita orang berkawan sampai sekarang ( 22 tahun ) ini la kawan aku paling lama dalam dunia.

Form 1 aku pindah ke Kluang.Johor.Kg Bonda aku nie.Pun sbb ayahanda ku naik pangkat...tapi oleh kerana dia nak dekat pencen sbb tu dia pilih Kluang kira nak setle down kat Kluang la.Sekolah aku ha macam dalam gambar kat bawah nie


Sek Men Tun Hussein Onn dulu masa aku Sek kat sini nama nya lain Sek Men Ren Jln Batu Pahat.Kat sini sampai Form 3 je.Kat sini aku amik SRP


Form 4 & 5 aku Sek di High School Kluang. Kat sini aku amik SPM.









Ini pulak Sekolah Ugama Aku.Sekolah Ugama Bandar. Sampai la darjah 6. Alhamdullilah tu yang jadi orang nie.




Nak tau cerita seterusnya...tunggguuuuu.....



Thursday, May 15, 2008

Seks Bebas perkara biasa

Untuk topik minggu ini saya suka untuk mengajak anda berbincang mengenai 'Seks Bebas Perkara Biasa’.Saya pernah minum di kedai mamak dan berada berhampiran dengan sekumpulan gadis yang berpakaian agak seksi. Dalam asyik menghisap rokok, mereka rancak bersembang tentang seks dan lelaki sambil ketawa tanpa segan silu.Bangga mereka apabila dapat ditiduri kekasih atau lelaki kacak yang baru dikenali. Segala hal dalam kain mahu diceritakan. Bagi mereka, seks perkara biasa, normal, tak ada masalah, satu keperluan malah hobi yang 'sesuai' dengan zaman moden kini (kononnya).Berbeza dengan situasi sewaktu saya di sebuah pejabat yang ramai pekerja wanita. Bila ada lelaki yang berbicara tentang seks (berdasarkan apa yang termuat di akhbar), masing-masing malu dan buat tak dengar. Malah, ada yang beredar dari situ untuk tidak 'masuk campur'. Syukurlah, tak semua orang bernafsu seperti gadis-gadis yang saya temui sebelum ini.Masih terngiang-ngiang bait perkataan mereka: Tak 'rock' kalau masih virgin... pandai 'makan' pandailah simpan...

Komen anda?

Wednesday, May 14, 2008

Mimpi seorang gadis

Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah MahmoodSeorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH""WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA H.........WASSALAM!!!. .......

Sunday, May 11, 2008

Futsal bersama Shebby


Ini abang ku yang tua bersama shebby


Sempat gak bagi nasihat pada player muda...





Sempat gak main futsal dengan Shebby.....

Kenduri di Kg

Manyambut hari jadi putera ku Najimi yang ke 11.












Pada 9 Mei yang lalu kami sekeluarga tealah mengadakan majlis kenduri kesyukuran menyambut org baru.Anak sedara lahir pada....alamak tak ingat la

Wednesday, May 7, 2008

THE MALAYSIAN DILEMMA.

The tale goes like this;

Get Vietnamese workers, Dogs missing.
Get Bangladeshi workers, Malay girls missing.
Get Indonesian workers, Money missing.
Get Indian workers, Jewellery missing.
Get Chinese workers, Husbands missing.
..::PLEASE CLICK THE BANNER::..