Tuesday, January 12, 2010

Putera ku kini di SDAR

11 Jan 2010 adalah tarikh yang tak dapat ku lupakan. Seiringan dengan tarikh Hari Ulang Tahun Dato' Siti Norhaliza. Satu lakaran sejarah dalam keluarga ku.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi diatas kurniaan yang sebesar besar kurniaan melayakkan putera ku ke SDAR. Sekolah Dato Abd Razak, Seremban. Sekolah ini mula-mula aku tau bila Abang ku yang sulung melanjutkan pelajaran ke Sekolah ini di Tingakatn 4 iaitu pada tahun 1989. 30 tahun yang lalu. Pada ketika itu apa yang aku tau Sekolah ini hebat dalam Ragbi. Tak ku sangka rupanya putera ku akan menjejak kan kaki disini. Buat kali ke dua keluarga ku menjejak kan kaki, tetapi kali ini menghantar putera ku.

"Wah, sekolah yang berprestij..." Kata Boss ku En Wan Johari. Dari 40,000 pemohon hanya 9,000 yang di panggil ke Sekolah Asrama Penuh dan putera ku tergolong dalam jumlah itu. Dari 9,000 pula putera ku terpilih antara 7 orang dari Johor melanjutkan pelajaran di Sekolah Dato Abd Razak. Alhamdulillah besar betul kurniaan yang kau beri. Ini lah dia balasan kalau dalam hidup kita sentiasa menghormati, mengingati dan menyanyangi kedua ibu bapa kita. Sering buat mereka gembira bantu mereka dalam susah dan yang paling besar pahala ialah cuba memenuhi keinginan dan kehendak mereka. Insyaalah allah akan balas tapi ingat perlu JUJUR dan IKHLAS. Jangan harap pada balasan.

Terima kasih ku ucapkan sekali lagi pada Ayah dan bonda ku kerana mendidik putera ku selama 2 tahun. Tak sia-sia keputusan yang aku buat 2 tahun lalu dengan menghantar dia sekolah di kampung. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah nya. Aku redha dengan apa yang berlaku. Semua itu sudah ditentukan tuhan.

Semoga putera ku akan terus berjaya dan dapat meyesuaikan diri di Sekolah Asrama. Kini kau berada dalam dunia yang baru. Kehidupan yang baru. Fikirlah mana yang terbaik, pilih lah apa yang kau fikir terbaik. Harapan Abah agar gmi berjaya dan terus berjaya.

TAHNIAH!!! anak ku Khairulnajimi Bin Khairulbahar.
Abah cukup bangga dengan kejayaan gmi.
Abah sayang gmi...rindu sangat....

No comments:

..::PLEASE CLICK THE BANNER::..